Serangan pertama Perang_Tiang_Bendera

Pada 8 Julai 1844, pasukan Hōne Heke mula bergerak mendekati Bukit Maiki. Beliau merancang menebang tiang bendera itu sendiri namun dipujuk seorang paderi Anglikan yang berada di sana, William Williams, agar tidak melakukan demikian;[11] Te Haratua dari Pakaraka mengambil alih tugas tersebut dari Hōne Heke.

Kapal Sydney tiba di Bay of Islands dari New South Wales dengan angkutan sebanyak 160 pegawai dan askar Rejimen ke-99.[4] Pada 24 Ogos 1844, Robert FitzRoy iaitu Gabenor British yang mewakili kawasan New Zealand tiba menaiki HMS Hazard.[12] FitzRoy mengarahkan ketua-ketua puak Ngāpuhi meghadiri suatu persidangan di Te Waimate pada 2 September untuk meredakan keadaan. Tāmati Wāka Nene menuntut Gabor tersebut agar pasukan tentera dikeluarkan sambil mempertimbangkan permasalahan yang diadu orang Māori, terutamanya Heke dan Pōmare II, terhadap pengenaan cukai yang merugikan kedua-dua pihak tersebut.[13] Beliau dan beberapa ketua puak Ngāpuhi lain turut memerhatikan Heke sambil melindungi pedagang Eropah yang tiba di Bay of Islands.[4] Hōne Heke tidak menghadiri persidangan tersebut namun menghantarkan surat meminta maaf serta berjanji akan menggantikan tiang bendera yang ditebang.[4]

Askar-askar British kembali ke Sydney; walau bagaimanapun perdamaian yang disetujui tidak tahan lama, maka pahlawan-pahlawan Ngāpuhi pimpinan Te Ruki Kawiti dan Hōne Heke memutuskan meneruskan lagi cabaran mereka terhadap pihak Eropah di Kororāreka.

Rujukan

WikiPedia: Perang_Tiang_Bendera http://digital.slv.vic.gov.au/view/action/singleVi... http://www.enzb.auckland.ac.nz/document?wid=1046&a... http://www.enzb.auckland.ac.nz/document?wid=1048&p... http://nzetc.victoria.ac.nz/tm/scholarly/Cow01NewZ... http://nzetc.victoria.ac.nz/tm/scholarly/tei-Cow01... http://nzetc.victoria.ac.nz/tm/scholarly/tei-Cow01... http://nzetc.victoria.ac.nz/tm/scholarly/tei-Cow01... http://nzetc.victoria.ac.nz/tm/scholarly/tei-Cow01... http://www.newzealandwars.co.nz/ http://teaohou.natlib.govt.nz/journals/teaohou/iss...